PillarsPelaporan Pematuhan Superior Essex Inc.

Superior Essex Inc. memperoleh reputasi sebagai sebuah syarikat berintegriti amat tinggi - menghasilkan dan menyampaikan produk berkualiti dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Kita bukan sahaja berbangga dengan pencapaian ini tetapi juga berbangga dengan cara kita menempa kejayaan itu. Reputasi ini ialah sesuatu yang kita perlu melindungi. Untuk melindungi reputasi ini, kita perlu terus berkhidmat demi kepentingan terbaik pelanggan, pekerja dan pemegang saham kita serta bertindak sebagai warga korporat yang bertanggungjawab. Komitmen ini memerlukan kita bertindak dengan standard etika dan undang-undang yang paling tinggi.

Komitmen kita kepada standard integriti paling tinggi bermula dengan memastikan semua orang di seluruh organisasi Superior Essex memahami nilai teras kita iaitu nilai yang menentukan cara kita mengendalikan diri. Nilai ini ialah asas Kod Etika kita.

Kebanyakan isu berkaitan Kod Etika dan pelaksanaan kod dalam keadaan tertentu boleh diselesaikan pada peringkat tempatan sebelum menjadi masalah kepada Syarikat, pekerja atau orang ramai. Syarikat menggalakkan pekerja membentangkan idea, menyuarakan kebimbangan atau mengajukan soalan tentang Kod ini terutamanya perkara yang berkaitan isu perundangan atau etika. Semua pengurus bertanggungjawab untuk menyokong dan menguatkuasakan dasar ini dengan mengekalkan "pintu terbuka" untuk kakitangan bawahan mereka dan sesiapa yang mungkin ingin meminta bantuan pengurus. Meskipun kita berharap para pekerja selesa membincangkan sebarang perkara dengan penyelia mereka, mungkin ada masanya penyelia tidak boleh membantu. Ada pelbagai sumber lain yang boleh membantu. Anda boleh menghubungi sesiapa yang berikut:

  • Penyelia tahap seterusnya yang lebih tinggi
  • Ketua unit bisnes anda
  • Mana-mana ahli Jabatan Undang-undang
  • Pihak Sumber Manusia tempatan atau korporat
  • Pegawai Pematuhan

Meskipun soalan dan kebimbangan anda biasanya boleh diselesaikan pada peringkat setempat, Pegawai Pematuhan menyediakan cara lain untuk menangani isu yang tidak boleh diselesaikan pada peringkat itu. Secara amnya, beliau boleh menyediakan cara untuk melaporkan kebimbangan atau mendapatkan maklumat atau nasihat berkaitan Kod Etika. Anda boleh menghubungi Pegawai Pematuhan melalui kaedah-kaedah yang berikut:

Pegawai Pematuhan

E-mel

 compliance@spsx.com               

Mel 

 Compliance Officer
 Superior Essex Inc.
 5770 Powers Ferry Road
 Suite 400
 Atlanta, GA 30327                  

Phone

 Hubungi Pegawai Pematuhan atau ahli Jabatan Undang-Undang 
 dengan mendail 001-770-657-6000

Secara Terus 

 Hubungi Pegawai Pematuhan atau ahli Jabatan Undang-Undang 
 untuk membuat janji temu

 

Sistem Pelaporan Tanpa Nama

Meskipun anda sepatutnya boleh menyelesaikan isu pematuhan anda melalui sumber ini, mungkin terdapat keadaan di mana anda ingin menyuarakan isu atau kebimbangan tanpa menyatakan identiti anda. Sehubungan ini, Syarikat sudah menyediakan Sistem Pelaporan Pematuhan Superior Essex. Semua mesej yang dihantar melalui sistem ini dibuat tanpa nama (kecuali anda mendedahkan nama anda) dan disemak oleh Pegawai Pematuhan Syarikat atau kakitangan jabatan yang bertindak bawah penyeliaan beliau. Syarikat menyiasat dan menguruskan semua mesej secara wajar. Bagi mendapatkan maklum balas tentang kebimbangan atau komen anda, anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat tambahan berkaitan mesej anda tanpa perlu mendedahkan nama anda. Sistem akan menjana kod 15 angka untuk setiap aduan atau komen dan anda boleh menggunakan kod itu untuk menjejak status mesej anda serta berinteraksi secara sulit dengan Pegawai Pematuhan atau pihak lain menggunakan sistem itu.

Anda boleh menghantar mesej anda dalam salah satu daripada dua cara: Borang Web Selamat atau Hotline Selamat

 

Borang Web Selamat

K​​​​​​​lik di sini untuk memfailkan kes anda menggunakan borang web disulitkan dan selamat.

Hotline Selamat

Kl​​​​​​​ik di sini untuk memfailkan kes anda menggunakan hotline selamat daripada mana-mana telefon.

Untuk menyiarkan secara anonim pada mesej anda, sila klik di sini.